Riwayat
Yang Sahih Tentang Bulan Rejab:
Firman Allah s.w.t.:
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا
عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ
مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ
“Sesungguhnya bilangan bulan
pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah diwaktu Dia
menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram”. (Surah at-Taubah, ayat 36).
Penjelasan tentang
bulan-bulan haram ini dijelaskan dalam hadis:
عَنْ أَبِى بَكْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله
عليه وسلم - قَالَ « إِنَّ الزَّمَانَ قَدِ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ
اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا ،
أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ، ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ ، ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ
وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِى بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ » .
Dari Abu Bakrah, dari
Rasulullah s.a.w., beliau bersabda: “Sesungguhnya waktu itu berputar seperti
bentuknya saat Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun itu ada dua belas
bulan, ada empat bulan diantaranya bulan-bulan haram, tiga berurutan;
Dzulqa’dah, Dzulhijjah dan al-Muharram. Dan bulan Rejab suku Mudhar yang berada
diantara bulan Jumada (al-Akhir) dan Sya’ban”. (Hadis Riwayat Bukhari).
عَنْ أَبِى السَّلِيلِ قَالَ حَدَّثَتْنِى
مُجِيبَةُ – عَجُوزٌ مِنْ بَاهِلَةَ – عَنْ أَبِيهَا أَوْ عَنْ عَمِّهَا قَالَ
أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ –صلى الله عليه وسلم- لِحَاجَةٍ مَرَّةً فَقَالَ « مَنْ
أَنْتَ ». قَالَ أَوَمَا تَعْرِفُنِى قَالَ « وَمَنْ أَنْتَ ». قَالَ أَنَا الْبَاهِلِىُّ
الَّذِى أَتَيْتُكَ عَامَ أَوَّلٍ. قَالَ « فَإِنَّكَ أَتَيْتَنِى وَجِسْمُكَ
وَلَوْنُكَ وَهَيْئَتُكَ حَسَنَةٌ فَمَا بَلَغَ بِكَ مَا أَرَى ». فَقَالَ إِنِّى
وَاللَّهِ مَا أَفْطَرْتُ بَعْدَكَ إِلاَّ لَيْلاً. قَالَ « مَنْ أَمَرَكَ أَنْ
تُعَذِّبَ نَفْسَكَ مَنْ أَمَرَكَ أَنْ تُعَذِّبَ نَفْسَكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ صُمْ
شَهْرَ الصَّبْرِ رَمَضَانَ ». قُلْتُ إِنِّى أَجِدُ قُوَّةً وَإِنِّى أُحِبُّ
أَنْ تَزِيدَنِى. فَقَالَ « فَصُمْ يَوْماً مِنَ الشَّهْرِ ». قُلْتُ إِنِّى
أَجِدُ قُوَّةً وَإِنِّى أُحِبُّ أَنْ تَزِيدَنِى. قَالَ « فَيَوْمَيْنِ مِنَ
الشَّهْرِ ». قُلْتُ إِنِّى أَجِدُ قُوَّةً وَإِنِّى أُحِبُّ أَنْ تَزِيدَنِى.
قَالَ « وَمَا تَبْغِى عَنْ شَهْرِ الصَّبْرِ وَيَوْمَيْنِ فِى الشَّهْرِ ». قَالَ
قُلْتُ إِنِّى أَجِدُ قُوَّةً وَإِنِّى أُحِبُّ أَنْ تَزِيدَنِى. قَالَ «
فَثَلاَثَةَ أَيَّامٍ مِنَ الشَّهْرِ ». قَالَ وأَلْحَمَ عِنْدَ الثَّالِثَةِ
فَمَا كَادَ قُلْتُ إِنِّى أَجِدُ قُوَّةً وَإِنِّى أُحِبُّ أَنْ تَزِيدَنِى.
قَالَ « فَمِنَ الْحُرُمِ وَأَفْطِرْ ».
Dari Abu as-Salil, dia
berkata: “Mujibah –seorang perempuan tua dari negeri Bahilah- meriwayatkan
kepada saya, dari Bapanya, dari Bapa Saudaranya, dia berkata: “Saya datang
kepada Rasulullah s.a.w. untuk suatu urusan. Rasulullah s.a.w. bertanya:
“Siapakah engkau?”.
Dia menjawab: “Apakah
engkau tidak mengenali aku?”.
Rasulullah s.a.w.
bertanya: “Siapakah kamu?”.
Dia menjawab: “Saya
adalah orang dari negeri Bahilah yang datang kepadamu setahun yang lalu”.
Rasulullah s.a.w.
berkata: “Sesungguhnya engkau dahulu datang kepadaku, tubuhmu, raut wajahmu dan
bentukmu baik, apa yang terjadi padamu sehingga seperti yang aku lihat saat
ini?”.
Dia menjawab:
“Sesungguhnya saya, demi Allah, setelah bertemu denganmu saat itu saya tidak
pernah makan kecuali hanya pada malam hari saja”.
Rasulullah s.a.w.
bertanya: “Siapa yang memerintahkanmu menyiksa dirimu”. Rasulullah s.a.w.
nyatakan tiga kali. “Berpuasalah engkau di bulan kesabaran bulan Ramadhan”.
Saya katakan: “Saya
mampu, saya ingin engkau menambahnya”.
Rasulullah s.a.w.
berkata: “Berpuasalah satu hari dalam satu bulan”.
Saya katakan: “Saya
mampu, saya ingin engkau menambahnya”.
Rasulullah s.a.w.
berkata: “Berpuasalah dua hari dalam satu bulan”.
Saya katakan: “Saya
mampu, saya ingin engkau menambahnya”.
Rasulullah s.a.w.
berkata: “Engkau tidak mahu hanya puasa di bulan Ramadhan dan dua hari dalam
satu bulan”.
Saya katakan: “saya
mampu, saya ingin engkau menambahnya”.
Rasulullah s.a.w.
berkata: “Berpuasalah tiga hari dalam satu bulan”.
Beliau berhenti pada
yang ketiga, hampir saja saya katakan ‘Saya mampu, saya ingin engkau menambahnya’,
Rasulullah s.a.w. berkata:
“Berpuasalah engkau di
bulan-bulan haram, dan berbukalah”. (Hadis Riwayat Ahmad).
Menurut Syeikh Syu’aib
al-Arnauth status hadis ini Hasan li ghairih, sanad hadis ini dha’if kerana
status Mujibah majhul.
Rejab Bulan Perdamaian.
أَبو رَجَاءٍ الْعُطَارِدِىَّ يَقُولُ كُنَّا
نَعْبُدُ الْحَجَرَ ، فَإِذَا وَجَدْنَا حَجَرًا هُوَ أَخْيَرُ مِنْهُ
أَلْقَيْنَاهُ وَأَخَذْنَا الآخَرَ ، فَإِذَا لَمْ نَجِدْ حَجَرًا جَمَعْنَا
جُثْوَةً مِنْ تُرَابٍ ، ثُمَّ جِئْنَا بِالشَّاةِ فَحَلَبْنَاهُ عَلَيْهِ ، ثُمَّ
طُفْنَا بِهِ ، فَإِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَجَبٍ قُلْنَا مُنَصِّلُ الأَسِنَّةِ .
فَلاَ نَدَعُ رُمْحًا فِيهِ حَدِيدَةٌ وَلاَ سَهْمًا فِيهِ حَدِيدَةٌ إِلاَّ
نَزَعْنَاهُ وَأَلْقَيْنَاهُ شَهْرَ رَجَبٍ
Abu
Raja’ al-‘Utharidi berkata: “Dahulu kami menyembah batu, jika kami menemukan
batu yang lebih bagus, maka batu itu kami buang, kami ambil yang lebih bagus.
Jika kami tidak menemukan batu, kami kumpulkan tumpukan tanah, kemudian kami
bawa kambing, kami perah susu kambing di tempat itu, lalu kami mengelilinginya. Apabila masuk bulan Rejab, kami sebut bulan
dilepasnya mata (tombak dan panah). Kami tidak membiarkan tombak yang
(hujungnya) ada besi dan panah yang (hujungnya) ada besi melainkan kami
melepasnya, kami membuangnya di bulan Rejab”. (Hadis Riwayat Bukhari).
Lipat Ganda Pahala dan
Dosa di Bulan-Bulan Haram.
قال ابن كثير رحمه الله في تفسيره: (فَلا
تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ) أي في هذه الأشهر المحرمة، لأنها آكد، وأبلغ في
الإثم من غيرها، كما أن المعاصي في البلد الحرام تضاعف، لقوله تعالى: (وَمَنْ يُرِدْ
فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ) [الحج:25]
وكذلك الشهر الحرام تغلظ فيه الآثام، ولهذا تغلظ فيه الدية في مذهب الشافعي وطائفة كثيرة من العلماء، وكذا في حق من قَتل في الحرم أو قتل ذا محرم، ثم نقل عن قتادة قوله: إن الظلم في الأشهر الحرم أعظم خطيئة ووزراً من الظلم في سواها، وإن كان الظلم على كل حال عظيماً، ولكن الله يعظم في أمره ما يشاء.
وكذلك الشهر الحرام تغلظ فيه الآثام، ولهذا تغلظ فيه الدية في مذهب الشافعي وطائفة كثيرة من العلماء، وكذا في حق من قَتل في الحرم أو قتل ذا محرم، ثم نقل عن قتادة قوله: إن الظلم في الأشهر الحرم أعظم خطيئة ووزراً من الظلم في سواها، وإن كان الظلم على كل حال عظيماً، ولكن الله يعظم في أمره ما يشاء.
Imam Ibnu Kasir berkata
dalam kitab Tafsirnya ketika menafsirkan ayat “Janganlah kamu berbuat zalim di
bulan-bulan itu”, maksudnya adalah di bulan-bulan haram, kerana dosa di
bulan-bulan haram itu lebih berlipat ganda dibandingkan dengan di bulan-bulan
lain, sebagaimana balasan perbuatan maksiat yang dilakukan di tanah haram
dilipatgandakan berdasarkan firman Allah: “Dan siapa yang bermaksud di
dalamnya melakukan kejahatan secara zalim, niscaya akan Kami rasakan kepadanya
sebahagian siksa yang pedih.”.
(Surah al-Hajj, ayat 25).
Demikian juga halnya
dengan bulan haram, balasan dosa-dosa diperkuat di dalamnya, oleh sebab itu
tebusan diyat (tebusan pembunuhan) yang dilakukan pada bulan-bulan haram
dilipatgandakan, menurut mazhab Syafi’i dan sekelompok ulama. Demikian juga
dengan orang yang membunuh di tanah haram atau membunuh orang yang masih ada
hubungan mahram. Diriwayatkan dari Qatadah: “Sesungguhnya perbuatan zalim di
bulan-bulan haram itu adalah dosa yang sangat besar bila dibandingkan dengan
bulan-bulan lain, walau dimanapun dilakukan, bila waktu perbuatan zalim itu
dilakukan, ia tetap besar (dosanya), akan tetapi Allah s.w.t. memperbesar
perkara-Nya sesuai kehendak-Nya”.
p/s: Semoga Allah s.w.t.
memberikan kekuatan kepada kita semua untuk melakukan amal soleh dan menjauhi
semua perbuatan zalim di bulan Rejab yang merupakan bulan haram ini, amin ya
Rabbal’alamin.
Disediakan oleh: Unit
ICT Surau Ajwad Al-Ajyad
No comments:
Post a Comment