Carta Organisasi 2018

Wednesday, 18 October 2017

Kursus Dan Simulasi Umrah Siri 1/1439H

Alhamdulillah, Surau Ajwad Al-Ajyad dengan kerjasama Rayhar Travel & Tours telah mengadakan Kursus Dan Silmulasi Umrah Siri 1/1439H secara PERCUMA kepada bakal jemaah umrah dan masyarakat sekitar daerah Besut. Kursus ini telah mendapat sambutan dengan kehadiran melebihi 50 orang.
Tarikh : 18/10/2017
Hari :  Rabu 
Jam : 10.00pg-12.00 tgh.  
Tempat : Surau Ajwad Al-Ajyad, SM Imtiaz YT Besut
Penceramah :
Tuan Haji Abdul Wahab Bin Mohd Arshad
Pengetua SM Imtiaz YT Besut




 

Monday, 4 September 2017

Muhasabah Diri: Tunaikanlah Solat Berjemaah



Muhasabah Diri:

Kita dapat lihat ketika Solat Sunat Eidilfitri / Eidiladha, penuh surau dan masjid orang datang melimpah sampai ke tangga dan tempat parking, tapi Solat WAJIB 5 waktu sehari semalam hanya 2,3 saf sahaja. Ada lagi teruk hanya imam dan bilal sahaja. Ada beberapa hadis, Nabi s.a.w. sebut tentang kelebihan solat berjemaah.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak ada sembahyang yang lebih berat bagi orang munafiq (untuk dilakukannya secara berjemaah) lebih daripada Solat Isyak dan Subuh. Kalaulah mereka tahu (ganjaran pahala) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang sekalipun dalam keadaan merangkak". (Hadis Riwayat Bukhari Muslim)


Daripada Usman bin Affan r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang Solat Isyak berjemaah, maka (pahalanya) seolah-olah dia telah qiam separuh malam, dan sesiapa yang Solat Subuh berjemaah, maka (pahalanya) seolah-olah dia telah qiam keseluruhan malam". (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi juga turut memberi ancaman seperti hadis daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah untuk menyuruh para sahabat mencari kayu api, lalu aku menyuruh mereka solat jemaah. Lalu, aku menyuruh seseorang untuk mengimami orang ramai, sementara aku tidak ikut solat berjemaah kerana mencari rumah orang yang tak pergi solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka". (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

p/s: Kalaulah Nabi masih hidup, mungkin banyaklah rumah-rumah yang hangus dijilat api... Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad

Sunday, 30 July 2017

Majlis Temu Murni Dan Dialog Prestasi Pelajar PT3 2017

Tarikh     : 27 Julai 2017
Masa      : 11.00 pg - 1.00 tgh
Tempat   : Surau Ajwad Al-Ajyad
Perasmi  : Tn. Hj. Ahmad Zaki Bin Muhamad
                 (Penolong Kanan Pentadbiran SM Imtiaz YT Besut)



Thursday, 29 June 2017

Satu Jam Bersama Al-Quran

Tempat: Surau Ajwad Al-Ajyad
Masa: 12.00 tgh - 1.00 ptg
Peserta: Seluruh Warga iBest
Anjuran: Surau Ajwad Al-Ajyad
#malaysiangaji



Sunday, 4 June 2017

Bulan Tarbiah Dan Penghayatan Islam

Salam Ramadhan 1438H. Sempena bulan mulia Ramadhan pada tahun ini, SM Imtiaz YT Besut telah merancang dan akan melaksanakan pelbagai program yang penuh dengan pengisian ibadah dan dakwah. Antaranya ialah, solat terawih dan witir, tazkirah setiap waktu solat, qiamullail setiap malam dan majlis berbuka puasa. Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai untuk sama-sama meraih 'imbuhan' yang besar dari Allah s.w.t demi melancarkan lagi program-program yang akan dijalankan.

Segala sumbangan berbentuk makanan, wang dan sebagainya bolehlah diserahkan kepada:
1. Ustaz Hj. Mohd Mustaffa Bin Chik - 
2. Ustaz Azizan Bin Harun

#mari pakat cari peluang buat pahala di bulan yang mulia ini :)


Thursday, 11 May 2017

Kelebihan Dan Keutamaan Malam Nisfu Sya'ban

Riwayat Yang Sahih Tentang Bulan Rejab:

Firman Allah s.w.t.:
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ
Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah diwaktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram”. (Surah at-Taubah, ayat 36).

Penjelasan tentang bulan-bulan haram ini dijelaskan dalam hadis:
عَنْ أَبِى بَكْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ « إِنَّ الزَّمَانَ قَدِ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا ، أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ، ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ ، ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِى بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ » .
Dari Abu Bakrah, dari Rasulullah s.a.w., beliau bersabda: “Sesungguhnya waktu itu berputar seperti bentuknya saat Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun itu ada dua belas bulan, ada empat bulan diantaranya bulan-bulan haram, tiga berurutan; Dzulqa’dah, Dzulhijjah dan al-Muharram. Dan bulan Rejab suku Mudhar yang berada diantara bulan Jumada (al-Akhir) dan Sya’ban”. (Hadis Riwayat Bukhari).

عَنْ أَبِى السَّلِيلِ قَالَ حَدَّثَتْنِى مُجِيبَةُ – عَجُوزٌ مِنْ بَاهِلَةَ – عَنْ أَبِيهَا أَوْ عَنْ عَمِّهَا قَالَ أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ –صلى الله عليه وسلم- لِحَاجَةٍ مَرَّةً فَقَالَ « مَنْ أَنْتَ ». قَالَ أَوَمَا تَعْرِفُنِى قَالَ « وَمَنْ أَنْتَ ». قَالَ أَنَا الْبَاهِلِىُّ الَّذِى أَتَيْتُكَ عَامَ أَوَّلٍ. قَالَ « فَإِنَّكَ أَتَيْتَنِى وَجِسْمُكَ وَلَوْنُكَ وَهَيْئَتُكَ حَسَنَةٌ فَمَا بَلَغَ بِكَ مَا أَرَى ». فَقَالَ إِنِّى وَاللَّهِ مَا أَفْطَرْتُ بَعْدَكَ إِلاَّ لَيْلاً. قَالَ « مَنْ أَمَرَكَ أَنْ تُعَذِّبَ نَفْسَكَ مَنْ أَمَرَكَ أَنْ تُعَذِّبَ نَفْسَكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ صُمْ شَهْرَ الصَّبْرِ رَمَضَانَ ». قُلْتُ إِنِّى أَجِدُ قُوَّةً وَإِنِّى أُحِبُّ أَنْ تَزِيدَنِى. فَقَالَ « فَصُمْ يَوْماً مِنَ الشَّهْرِ ». قُلْتُ إِنِّى أَجِدُ قُوَّةً وَإِنِّى أُحِبُّ أَنْ تَزِيدَنِى. قَالَ « فَيَوْمَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ ». قُلْتُ إِنِّى أَجِدُ قُوَّةً وَإِنِّى أُحِبُّ أَنْ تَزِيدَنِى. قَالَ « وَمَا تَبْغِى عَنْ شَهْرِ الصَّبْرِ وَيَوْمَيْنِ فِى الشَّهْرِ ». قَالَ قُلْتُ إِنِّى أَجِدُ قُوَّةً وَإِنِّى أُحِبُّ أَنْ تَزِيدَنِى. قَالَ « فَثَلاَثَةَ أَيَّامٍ مِنَ الشَّهْرِ ». قَالَ وأَلْحَمَ عِنْدَ الثَّالِثَةِ فَمَا كَادَ قُلْتُ إِنِّى أَجِدُ قُوَّةً وَإِنِّى أُحِبُّ أَنْ تَزِيدَنِى. قَالَ « فَمِنَ الْحُرُمِ وَأَفْطِرْ ».
Dari Abu as-Salil, dia berkata: “Mujibah –seorang perempuan tua dari negeri Bahilah- meriwayatkan kepada saya, dari Bapanya, dari Bapa Saudaranya, dia berkata: “Saya datang kepada Rasulullah s.a.w. untuk suatu urusan. Rasulullah s.a.w. bertanya: “Siapakah engkau?”.
Dia menjawab: “Apakah engkau tidak mengenali aku?”.
Rasulullah s.a.w. bertanya: “Siapakah kamu?”.
Dia menjawab: “Saya adalah orang dari negeri Bahilah yang datang kepadamu setahun yang lalu”.
Rasulullah s.a.w. berkata: “Sesungguhnya engkau dahulu datang kepadaku, tubuhmu, raut wajahmu dan bentukmu baik, apa yang terjadi padamu sehingga seperti yang aku lihat saat ini?”.

Monday, 24 April 2017

Sepagi Bersama Da'ie

Tajuk: Cara Kristianisasi Di Malaysia Satu Pengajaran
Penceramah: Bro Firdaus (Mantan Paderi Asia Tenggara)
Masa: 8.30 Pagi - 11.30 Pagi
Tarikh: 24 April 2017
Tempat: Dewan Ulul Albab
Anjuran: Surau Ajwad Al-Ajyad bersama Kelab SUMUR




Thursday, 9 March 2017

Solat Sunat Gerhana

Tarikh: 9 Mac 2017
Masa: 8.30 pagi
Penglibatan: Semua guru, staff dan pelajar IMTIAZ
Imam & Khatib: Ustaz Hj. Zaidi Bin Khalid


Thursday, 2 March 2017

Tafsir: Surah Al-Baqarah, Ayat 153


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Firman Allah s.w.t: “Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” [Surah Al-Baqarah, ayat 153]

Assalamua’alaikum wrt. wbt. Syukur kepada Allah Ta’ala kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk hidup dalam keimanan dan Islam dengan mengucapkan “Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin”. Tidak lupa pula kita berselawat kepada baginda Rasulullah s.a.w dengan mengucapkan “Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad Wa ‘Ala Aali Sayyidina Muhammad”. Mudah-mudahan dengan berselawat kepada baginda, akan diberi syafaat olehnya di akhirat nanti. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Pada kali ini, kita akan sama-sama mengkaji tafsir dari ayat 153, Surah al-Baqarah. Ayat ini mempunyai hubungan dengan ayat-ayat sebelumnya, iaitu Allah menjelaskan tentang musuh Islam yang dengki atau melakukan kejahatan terhadap ummat Islam kerana mengikuti kebenaran iaitu mengikuti petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. Orang-orang Islam tidak termakan dengan isu orang Yahudi dengan meragukan ummat dalam isu peralihan kiblat. Berbagai cara yang mereka lakukan agar ummat Islam tidak mengikuti kebenaran itu. Ini adalah sesuatu yang berat bagi ummat Islam yang perlu menghadapi kedengkian musuh terhadap mereka. Maka Allah turunkan ayat di atas supaya memohon pertolongan kepada

Wednesday, 18 January 2017