Carta Organisasi 2018

Thursday, 9 March 2017

Solat Sunat Gerhana

Tarikh: 9 Mac 2017
Masa: 8.30 pagi
Penglibatan: Semua guru, staff dan pelajar IMTIAZ
Imam & Khatib: Ustaz Hj. Zaidi Bin Khalid


Thursday, 2 March 2017

Tafsir: Surah Al-Baqarah, Ayat 153


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Firman Allah s.w.t: “Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” [Surah Al-Baqarah, ayat 153]

Assalamua’alaikum wrt. wbt. Syukur kepada Allah Ta’ala kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk hidup dalam keimanan dan Islam dengan mengucapkan “Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin”. Tidak lupa pula kita berselawat kepada baginda Rasulullah s.a.w dengan mengucapkan “Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad Wa ‘Ala Aali Sayyidina Muhammad”. Mudah-mudahan dengan berselawat kepada baginda, akan diberi syafaat olehnya di akhirat nanti. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Pada kali ini, kita akan sama-sama mengkaji tafsir dari ayat 153, Surah al-Baqarah. Ayat ini mempunyai hubungan dengan ayat-ayat sebelumnya, iaitu Allah menjelaskan tentang musuh Islam yang dengki atau melakukan kejahatan terhadap ummat Islam kerana mengikuti kebenaran iaitu mengikuti petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. Orang-orang Islam tidak termakan dengan isu orang Yahudi dengan meragukan ummat dalam isu peralihan kiblat. Berbagai cara yang mereka lakukan agar ummat Islam tidak mengikuti kebenaran itu. Ini adalah sesuatu yang berat bagi ummat Islam yang perlu menghadapi kedengkian musuh terhadap mereka. Maka Allah turunkan ayat di atas supaya memohon pertolongan kepada